Rangkaian
1) Apa itu rangkaian?
Rangkaian adalah satu set komputer yang disambungkan untuk berkongsi perkakasan, perisian dan maklumat. Rangkaian biasanya ditemui dalam organisasi besar atau bangunan bersebelahan.
2) Kebaikan rangkaian
-Berkongsi fail: Pengguna boleh berkongsi fail yang disimpan pada pelayan atau komputer pusat.
-Memindahkan fail: Menjadikannya mudah untuk memindahkan fail yang disimpan dari satu komputer kepada yang lain.
-Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos: Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan install perisian.
-Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data: Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
-Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll: Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
-Menggunakan mel elektronik (e-mel): Pengguna boleh menghantar memo dari satu komputer ke komputer lain.
3) Jenis-jenis rangkaian
-Rangkaian kawasan tempatan (LAN)
Sekumpulan komputer dan peranti yang disambungkan bersama-sama yang biasanya berada di bangunan yang sama seperti rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain.
-Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN)
Beroperasi dengan gabungan beberapa buah sekolah, bandar-bandar ataupun di sesebuah daerah.
-Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)
Merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara dan benua.

Ulasan
Catat Ulasan