Ujian Sambungan Rangkaian

1. Definisi rangkaian: Rangkaian ialah sistem yang menghubungkan dau atau lebih komputer tanpa sekatan

2. Empat kebaikan menggunakan rangkaian
a) Berkongsi fail: Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada server atau komputer 
b) Memindahkan fail: Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain
c) Berkongsi perisian: Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi sepertiWord
d) Berkongsi pencetak, pengimbas, dan CD-ROM: Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang menggunakan komputer lain

3. 4 komponen untuk LAN: a) Server b) Work Station c) NIC d) Fiber Optic

4. 4 jenis kabel yang biasa digunakan: a) Coaxial b) STP c) UTP d) Fiber Optic

5. Jenis-jenis rangkaian komputer
  • LAN (Local Area Network): Rangkaian kawasan setempat adalah rangkaianyang menghubungkan komputer dan peranti lain di kawasan kecil
  • MAN (Metropolitan Area Network): Rangkaian kawasan metropolitan adalah rangkaian yang menghubungkan pengguna dengan sumber komputer
  • WAN (Wide Area Network): Rangkaian kawasan luas meliputi jarak yang besar untuk komunikasi antara komputer
  • SAN (Storage Area Network): Rangkaian kawasan sistem juga dikenali sebagai rangkaian beberapa rangkaian kawasan kluster
  • INTERNET (Inter Network - antara rangkaian): Rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian
6. Aplikasi-aplikasi internet yang berikut: 
  • E-mail (Electronic Mail): Merupakan surat atau mesej dengan format digital
  • FTP (File Transfer Protocol): Berfungsi untuk memindahkan maklumat, data, dan fail yang terdapat pada satu komputer ke komputer yang lain
  • WWW (World Wide Web): Sekumpulan dokumen multimedia yang mengandungi pelbagai maklumat yang dihubungkan menggunakan hiperlink
  • Telnet: Protokol pelayan klien yang menyediakan akses jauh untuk log masuk ke komputer tertentu pada rangkaian
  • IRC (Internet Relay Chat): Sembang maya di Internet yang membolehkan penghuninya berbual dengan menaip pada papan kekunci secara masa nyata
7. Tentang TCP/IP: TCP/IP digunakan dalam proses pemindahan data dari satu komputer ke komputer lain di rangkaian komputer tanpa mengira jenis perkakasan yang digunakan

8. Maksud serta kebaikan dan keburukan bagi jenis-jenis LAN tersebut
  • Pengguna dan pelayan (Client-server): Model pelayan klien menerangkan bagaimana pelayan menyediakan sumber dan perkhidmatan kepada satu atau lebih klien
  • Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer): Rangkaian peer to peer adalah seni bina aplikasi yang diedarkan yang memisahkan tugas atau beban kerja antara rakan sebaya
9. Semua lapisan model OSI dan fungsinya


10. Kebaikan OSI:
a) Memecahkan operasi sistem rangkaian yang kompleks supaya mudah diselenggarakan
b) Perubahan lapisan, memberi impak yang minimum kepada lapisan yang lain
c) Proses troubleshooting boleh ditumpukan pada lapisan yang bermasalah sahaja

Ulasan

Catatan Popular