Carry Out Network Installation


Pada 19.03.2019 bersamaan dengan hari Selasa, bertempat di Makmal Redhat. Kami sekelas bersama Sir KK telah belajar mengenai “Apa Itu Rangkaian?”. Sepertimana yang kita tahu rangkaian ialah satu sistem yang menghubungkan dua atau lebih komputer dalam satu rangkaian yang terdiri daripada komputer, switch, router, server, dan printer.




 Setelah itu, kami telah belajar mengenai server. Terdapat beberapa jenis server tetapi di Makmal Redhat cuma mempunyai Rack Mounted Server. Server juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wireless dan wired. 

 Kemudian, Sir KK menerangkan serba sedikit tentang server dan seterusnya membawa kami ke belakang kelas untuk melihat Rack Mounted Server. Rack Mounted Server adalah sebuah server yang digambarkan seperti kotak pizza. Ketinggian minimum dan lebar ialah 1.75 cm.



 Seterusnya , kami dibawa ke bilik Sir KK untuk melihat sebuah video di YouTube mengenai server. Selepas melihat video tersebut, kami ke Makmal Windows untuk melihat sebuah rak yang digunakan untuk menyimpan server. 




 Selepas Sir KK membawa kami berjalan melihat rak tersebut, kami kembali ke Makmal Redhat untuk melakukan pengujian kebolehfungsian NIC (Network Interface Card). Lalu mencuba untuk menyambungkan dua komputer menggunakan straight cable dan cross cable, dan seterusnya menguji sekiranya ianya berjaya dengan Ping Test. 

 Tetapi tidak berjaya kerana komputer yang kami gunakan telah menggunakan Windows 10 yang mana ianya tidak menyokong beberapa kerja yang lain. Ianya juga ialah Windows yang paling rendah kerana ianya digunakan untuk pembelajaran. Walaupun tidak berjaya, tetapi kami sekelas tetap berpuas hati dengan percubaan tersebut dan dapat menerima ilmu yang telah diajarkan oleh Sir KK.


Ulasan

Catatan Popular