Carry Out Preventive Maintenance

Pemeriksaan Kesihatan Rangkaian Sistem Komputer
Bagi memastikan komputer berada dalam keadaan baik dan dapat melakukan kerja dalam tahap prestasi yang memuaskan, pengguna perlu sentiasa membuat pemeriksaan atau penyelenggaraan pencegahan secara berkala. Antara perkara yang perlu diambil kira untuk memastikan komputer berada dalam prestasi yang baik ialah:


Penggunaan cakera keras (hard disk)
  • Hard disk digunakan sebagai tempat untuk menyimpan semua data-data yang ada pada komputer.
  • Membuat pemeriksaan pada hard disk boleh melalui aplikasi yang disediakan pada komputer ataupun memuat turun perisian yang berkaitan.
  • Kerosakan hard disk boleh menyebabkan prestasi komputer berkurang.



Penggunaan CPU 
  • Penggunaan CPU merujuk kepada penggunaan sumber pemprosesan komputer, atau jumlah kerja yang dikendalikan oleh CPU.
  • Penggunaan CPU sebenar bergantung kepada jumlah dan jenis tugas pengkomputeran yang diuruskan. 




Penggunaan memori
  • Penggunaan memori akan meningkat sekiranya terdapat banyak aplikasi yang dibuka secara serentak. 
  • Penggunaan memori yang banyak menyebabkan prestasi komputer semakin berkurang. 
















Ulasan

Catatan Popular