Pada 9.7.2019 bersamaan dengan hari Selasa, saya bersama rakan sekelas dan Sir KK telah melakukan penyelenggaraan rangkaian. Kami telah pergi ke Makmal Fedora dimana terletaknya peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menyelenggara rangkaian. Pada mulanya, kami telah membersihkan peralatan-peralatan tersebut kerana ianya amat kotor kerana tidak digunakan sebelum ini. Kami sekelas telah membersihkan setiap peralatan dan menilainya. Antara peralatan yang kami bersihkan ialah:
 |
Switch |
 |
Uinterruptible Power Supply |
 |
Streamyx Modem |
 |
Kabel UTP |
Peralatan diatas adalah peralatan yang kami gunakan untuk menyelenggara rangkaian. Kami telah memeriksa setiap satu peralatan tersebut untuk mengetahui keadaan setiap peralatan samada ianya boleh digunakan ataupun tidak. Setelah melakukan pemeriksaan kami mendapati terdapat peralatan yang telah rosak dan ada juga yang boleh dibaiki. Peralatan yang telah rosak ialah switch, UPS, dan modem. Switch tidak dapat digunakan kerana lubang port yang tidak banyak untuk menampung pc-pc di sebuah makmal.
UPS pula tidak dapat berfungsi dengan baik kerana ianya didapati tidak hidup. Manakala modem tidak dapat digunakan kerana hanya lampu Wifi sahaja yang menyala tetapi lampu DSL tidak menyala. Kerosakan yang boleh dibaiki ialah kabel UTP. Selepas itu, kami tetap mencuba untuk menggunakan setiap peralatan dan kami telah menyambungkan kabel dari Makmal Fedora dan makmal Redhat. Tapi ianya gagal kerana peralatan yang tidak berfungsi dengan baik.
Ulasan
Catat Ulasan