Pembinaan Rangkaian
Pada 7 Ogos 2019, hari Rabu bertempat di Makmal Fedora, saya bersama kawan-kawan sekelas saya dan juga dua orang guru ICT telah bekerjasama dalam melakukan pemotongan kabel untuk penyelenggaraan rangkaian. Kami telah memotong kabel sepanjang 7.5 meter bersamaan dengan jarak dari switch ke komputer masing-masing. Kami telah menghabiskan masa selama sehari untuk menguruskan kabel. Kami mulai dengan mengukur lalu memotong kabel, dan mengasingkan kabel-kabel yang telah dipotong dengan melabel kabel masing-masing dan akhirnya menggulung dan menyimpan kembali kabel. Selepas itu, kami beralih ke Makmal Redhat untuk membuat kabel RJ45. Kami diarahkan untuk membuat kabel jenis straight agar senang untuk menyambungkan switch ke komputer. Peralatan yang kami gunakan ialah: cable tester, pita pengukur, crimping tools, RJ45, dan kabel UTP.
Pada 8 Ogos 2019 pula, kami telah melakukan penyambungan kabel dari switch ke komputer dan melakukan ujian Ping diantara setiap komputer di Makmal Redhat. Beberapa kali percubaan dilakukan akhirnya kami telah berjaya melakukan ujian Ping. Seterusnya kami diarahkan untuk melakukan perkongsian data dan fail dari komputer dan komputer. Kami juga telah berjaya melakukan perkongsian data dan fail bersama-sama. Akhir sekali, kami telah membuat penyambungan Wi-Fi ke setiap komputer menggunakan kabel UTP yang disambungkan ke switch.
Ulasan
Catat Ulasan